PRIVACY NOTICE
AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (“ARIM”) respects and views your Personal Data and privacy seriously. This Privacy Notice sets out how ARIM collects, stores and handles Personal Data and information (“Personal Data”) in accordance with the requirements of the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”). Personal Data refers to any information which relates directly or indirectly to you, which includes any information that may be used to identify, distinguish or contact the Customer. For the avoidance of doubt, please note that this Privacy Notice is applicable only if you are a natural person / an individual.
By providing your Personal Data to ARIM, you are consenting for ARIM to collect, process, use, transfer and retain the Personal Data in accordance with this Privacy Notice.
A. Information Collected
In order for ARIM to provide its Customers with its products and services, ARIM would need to collect and process relevant Personal Data from its Customers. Such Personal Data may include but is not limited to the following:
- Information concerning the Customer’s personal details such as name, age, gender, identity card number, passport number, date of birth, education, race, nationality, address, email, phone number, marital status, name of spouse or child or immediate family, employer name, income, job title, job responsibilities, employer’s contact information and details;
- Information collected when the Customer fills in forms or updates their information with ARIM;
- The contents of all documents submitted to ARIM; Details of bank accounts;
- Any message or correspondence submitted or forwarded to us in any manner, which may include Personal Data such as name, email address and telephone number;
- Video recordings via CCTV cameras when Customers visit our office;
- Recording of calls between you and our personnel for records, service enhancement and improvement.
Other than the Personal Data obtained from the Customers directly (as detailed above), we may also obtain your Personal Data from third parties we deal with or are connected to the Customer or from sources which Customers have given their consent for the disclosure of information relating to the Customer and/or where otherwise lawfully permitted.
This notice shall also apply to third parties whose Personal Data may need to be provided by the Customer to ARIM such as the Personal Data of the Customer’s spouse or children or the Customer’s personnel which may be incidental to the establishment and provision of the services to the Customers. In this regard, the Customer confirms and warrants that the Customer has obtained the consent of such individuals for the provision of Personal Data to ARIM for the foregoing purposes and the disclosure to such parties as stipulated herein.
B. Purpose of Personal Data Collection
The data relating to a Customer may be collected, used and/or processed for one or more of the following purposes:
- The processing of Customer’s applications for the services provided by ARIM;
- To verify the identity of the Customer;
- The daily operation of ARIM in managing the accounts of its Customers and providing the services as required by Customer;
- Updating Customers’ records;
- To keep in contact with the Customers and provide the Customers with information requested by them;
- Designing products and services for Customer’s use;
- Marketing of services or products;
- Market research and statistical analysis and surveys with the aim of improving our products and services;
- Meeting the requirements to make disclosure under the requirements of any law or any regulatory body or other authorities in which ARIM is expected to comply;
- To manage staff training and quality assurance;
- For any purpose required or permitted by any law, regulation, guidelines or relevant regulatory authorities;
- For the purpose of enforcement of legal rights or obtaining legal advice;
- For all ancillary purposes relating to the provision of services and purposes relating thereto.
C. Disclosure of Personal Data
As part of providing Customers with ARIM's products or services and the management or operation of the products or services, ARIM may be required or would need to disclose Personal Data to the following parties, subject at all times to applicable laws:
- The holding and related companies within the AmanahRaya Group of companies;
- Any agent, professional advisors, lawyers, auditors and third party service providers who provide services to ARIM in connection with the operation of its business;
- Trustees, custodians and other relevant entities necessary and/or required for the performance, management and operation of the services and products;
- Companies or organisations that assist ARIM in processing and/or fulfilling transactions and providing products and services;
- Financial institutions;
- Law enforcement and government agencies;
- Other parties in respect of whom Customers have given their express of implied consent.
D. Right of Access to Personal Data
Customers can request for access to Personal Data held by ARIM, and request to correct the Personal Data where you are of the opinion that such Personal Data held by us is inaccurate, incomplete, misleading or not up to date by writing to the following address:
AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd
Level 59, Vista Tower, The Intermark
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Attention: Chief Operating Officer
Should Customers wish for ARIM to discontinue processing the Personal Data held by ARIM, Customers may write to the same address. However, should the Customer do so or sufficient Personal Data is not provided or the Customer declines to provide information requested by ARIM necessary for the provision of ARIM's services, ARIM may not be able to process the Customer's application or provide the Customer with its products or services.
ARIM reserves the right to charge a reasonable fee for the processing of any data access request as provided under the PDPA.
E. Updates to our Privacy Notice
Please note that this Privacy Notice may be amended from time to time and Customers should visit www.arim.com.my/privacynotice.php on a regular basis for updates and changes. The updated version of this Privacy Notice shall be applicable and supersede any and all previous versions.
Ver. 2014.01
NOTIS PRIVASI
AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (“ARIM”) menghormati dan memandang serius Data Peribadi dan privasi anda. Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana ARIM mengumpul, menyimpan dan menguruskan Data Peribadi dan maklumat anda (“Data Peribadi”) berdasarkan kepada keperluan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Data Peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda, termasuk maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti, membezakan atau menghubungi Pelanggan. Untuk mengelakkan keraguan, harap maklum bahawa Notis Privasi ini adalah terpakai hanya jika anda adalah orang sebenar / individu.
Dengan memberi Data Peribadi anda kepada ARIM, anda bersetuju akan Penyataan Privasi ini dan terhadap pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pemindahan, penyimpanan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.
A. Maklumat Yang Dikumpul
Bagi membolehkan ARIM memberikan perkhidmatan dan produknya kepada para Pelanggan, ARIM perlu mengumpul dan memproses Data Peribadi yang berkaitan daripada para Pelanggannya. Data Peribadi tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Maklumat berkaitan butiran peribadi Pelanggan seperti nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, pendidikan, bangsa, kewarganegaraan, alamat, e-mel, nombor telefon, status perkahwinan, nama pasangan atau anak atau ahli keluarga terdekat, nama majikan, pendapatan, jawatan, tanggungjawab kerja, maklumat hubungan majikan dan butiran berkaitan;
- Maklumat yang dikumpulkan apabila Pelanggan mengisi borang atau mengemas kini maklumat mereka dengan ARIM;
- Kandungan semua dokumen yang dikemukakan kepada ARIM; Butiran akaun bank;
- Sebarang mesej atau surat-menyurat yang dikemukakan atau dihantar kepada kami dalam apa jua cara, yang mungkin mengandungi Data Peribadi seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon;
- Rakaman video melalui kamera CCTV apabila Pelanggan melawat pejabat kami;
- Rakaman panggilan antara anda dan kakitangan kami untuk tujuan rekod, peningkatan perkhidmatan dan penambahbaikan.
Selain daripada Data Peribadi yang diperoleh secara langsung daripada Pelanggan (seperti yang diperincikan di atas), kami juga boleh memperoleh Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang kami berurusan atau yang mempunyai kaitan dengan Pelanggan, atau daripada sumber yang mana Pelanggan telah memberikan persetujuan bagi pendedahan maklumat berkaitan Pelanggan dan/atau apabila dibenarkan di sisi undang-undang.
Notis ini juga terpakai kepada pihak ketiga yang Data Peribadinya mungkin perlu diberikan oleh Pelanggan kepada ARIM seperti Data Peribadi pasangan atau anak-anak Pelanggan atau kakitangan Pelanggan yang mungkin berkaitan secara sampingan dengan penubuhan dan penyediaan perkhidmatan kepada Pelanggan. Dalam hal ini, Pelanggan mengesahkan dan menjamin bahawa Pelanggan telah memperoleh persetujuan daripada individu-individu tersebut bagi penyediaan Data Peribadi kepada ARIM untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas serta pendedahan kepada pihak-pihak seperti yang dinyatakan di sini.
B. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data berkaitan Pelanggan boleh dikumpul, digunakan dan/atau diproses untuk satu atau lebih tujuan berikut:
- Pemprosesan permohonan Pelanggan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh ARIM;
- Untuk mengesahkan identiti Pelanggan;
- Operasi harian ARIM dalam mengurus akaun Pelanggan serta menyediakan perkhidmatan seperti yang diperlukan oleh Pelanggan;
- Mengemas kini rekod Pelanggan;
- Untuk berhubung dengan Pelanggan dan memberikan maklumat yang diminta oleh Pelanggan;
- Mereka bentuk produk dan perkhidmatan untuk kegunaan Pelanggan;
- Pemasaran perkhidmatan atau produk;
- Penyelidikan pasaran serta analisis statistik dan tinjauan bagi tujuan menambah baik produk dan perkhidmatan kami;
- Memenuhi keperluan pendedahan di bawah mana-mana undang-undang, badan pengawalseliaan atau pihak berkuasa lain yang ARIM perlu patuhi;
- Mengurus latihan kakitangan dan jaminan kualiti;
- Bagi apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan;
- Untuk tujuan penguatkuasaan hak undang-undang atau mendapatkan nasihat undang-undang;
- Untuk semua tujuan sampingan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
C. Pendedahan Data Peribadi
Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk atau perkhidmatan ARIM kepada Pelanggan serta pengurusan atau operasi produk atau perkhidmatan tersebut, ARIM mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan Data Peribadi kepada pihak-pihak berikut, tertakluk pada setiap masa kepada undang-undang yang berkenaan:
- Syarikat induk dan syarikat berkaitan dalam Kumpulan AmanahRaya;
- Mana-mana ejen, penasihat profesional, peguam, juruaudit dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada ARIM berkaitan operasi perniagaannya;
- Pemegang amanah, kustodian dan entiti lain yang relevan yang perlu dan/atau diperlukan bagi pelaksanaan, pengurusan dan operasi perkhidmatan serta produk;
- Syarikat atau organisasi yang membantu ARIM dalam memproses dan/atau melaksanakan transaksi serta menyediakan produk dan perkhidmatan;
- Institusi kewangan;
- Agensi penguatkuasaan undang-undang dan agensi kerajaan;
- Pihak lain yang mana Pelanggan telah memberikan persetujuan secara nyata atau tersirat.
D. Hak Akses kepada Data Peribadi
Pelanggan boleh memohon untuk mengakses Data Peribadi yang disimpan oleh ARIM, serta memohon untuk membetulkan Data Peribadi tersebut sekiranya Pelanggan berpendapat bahawa Data Peribadi yang disimpan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini dengan menulis kepada alamat berikut:
AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd
Tingkat 59, Vista Tower, The Intermark
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Perhatian: Ketua Pegawai Operasi
Sekiranya Pelanggan ingin ARIM menghentikan pemprosesan Data Peribadi yang disimpan oleh ARIM, Pelanggan boleh menulis ke alamat yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya Pelanggan berbuat demikian atau Data Peribadi yang mencukupi tidak diberikan atau Pelanggan enggan memberikan maklumat yang diminta oleh ARIM yang diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan ARIM, ARIM mungkin tidak dapat memproses permohonan Pelanggan atau menyediakan produk atau perkhidmatannya kepada Pelanggan.
ARIM berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah bagi pemprosesan sebarang permintaan akses data seperti yang diperuntukkan di bawah PDPA.
E. Kemaskini kepada Notis Privasi Kami
Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa dan Pelanggan disarankan untuk melayari www.arim.com.my/privacy-notice.php secara berkala bagi mendapatkan kemas kini dan perubahan. Versi terkini Notis Privasi ini akan terpakai dan menggantikan mana-mana versi terdahulu.
Ver. 2014.01